MEMORANDUM
Penyalahgunaan Harta Awam Oleh Barisan Nasional Dalam Kempen Pilihanraya Kecil Dun Sg.Limau (N20)
PENDAHULUAN
Penyalahgunaan premis dan harta benda awam serta menggunakan pegawai kakitangan kerajaan untuk berkempen bagi pihak parti
Barisan Nasional sudah menjadi lumrah dalam pilihanraya di Malaysia.
Hal ini berlaku samada dalam pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.
Fenomena penyalahgunaan ini sangat ketara khususnya berlaku pilihanraya
kecil, apabila kerajaan Barisan Nasional yang menguasai kerajaan
persekutuan telah mempergunakan sewenang-wenang harta hak milik rakyat
dan menyalahgunakan pegawai kakitangan kerajaan untuk melakukan
kerja-kerja kempen pilihanraya bagi pihak parti Barisan Nasional.
Hal ini adalah suatu pelanggaran undang-undang yang sangat jelas dan
mencabuli demokrasi pilihanraya yang adil dan saksama. Tindakan
penyalahgunaan ini sangat tidak beretika dan melanggari tataetika dan
panduan kempen yang dikeluarkan sendiri oleh Suruhanjaya Pilihanraya
Malaysia (SPR).
REALITI
Dalam pemantauan kami,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) didapati bahawa penyalahgunaan
harta awam dan menggunakan pegawai kakitangan kerajaan juga sedang
rancak berlaku dalam pilihanraya kecil N20 Sungai Limau, Kedah.
Parti Barisan Nasional secara terang dan jelas telah menyalahgunakan dua
elemen ini secara berleluasa samada sebelum hari penamaan calon pada
24 oktober 2013 sehinggalah kehari ini 31 oktober 2013. Ianya pastiakan
berterusan sehingga hari penamaan mengundi pada 4 November ini.
Lebih mendukacitakan ia juga akan pasti terus berlaku pada pilihanraya
yang akan datang samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil jika
kerajaaan Barisan Nasional terus memerintah.
Atas nama kerajaan
persekutuan, dan negeri parti Barisan Nasional melalui menteri-menteri
pelbagai kementerian telah menggunakan premis-premis awam dan kakitangan
kerajaan dengan tujuan untuk merayu pengundi bagi mengundi parti
Barisan Nasional.
Premis-premis kerajaan samada sekolah, pejabat
pertanian,pejabat Kebajikan Masyarakat, dewan orang ramai, Pejabat
Penerangan hatta masjid telah diguna secara sewenang-wenangnyan oleh
pihak parti Barisan Nasional untuk berkempen bagi pihak parti mereka .
Dalam masa yang sama mereka melarang parti yang bersaing dengan mereka
untuk menggunakan premius-premis tersebut dengan alasan yang direka-reka
dan kebudak-budakan seperti menyatakan hanya Barisan Nasional yang
boleh menggunakan sesebuah sekolah kerana sekolah tersebut dibina oleh
kerajaan dan bukan pembangkang. Mereka menganggap bahawa harta kerajaan
itu juga adalah harta Barisan Nasional.
Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) selaku entiti yang diberi mandat untuk mengurus tatakelola
perjalanan pilihanraya di Malaysia, SPR perlulah bertindak secara adil
dan amanah. Namun, setelah beberapa hari berkempen dalam Pilihanraya
Kecil Dun Sungai Limau (N20) telah memperlihatkan kepincangan dalam
proses pemilihan sekaligus mencerminkan tempangnya perjalanan demokrasi
di Malaysia.
Pelbagai manipulasi, sogokan serta penipuan telah dan
sedang berlaku sepanjang tempoh berkempen ini. Ini bukanlah kali pertama
penyelewengan berlaku dalam proses pilihanraya. Beberapa siri
pilihanraya sebelum ini, bukan sahaja pilihanraya umum malah pilihanraya
kecil telah dilanda ketidaktelusan seperti ini. Kepincangan ini
membuktikan betapa kroniknya sistem demokrasi di Malaysia. Antara
catatan penyalahgunaan premis awam dan kakitangan awam yang dilakukan
oleh parti Barisan Nasional sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil
N20 Sungai Limau ialah :
1. Bukti-bukti kesalahan penggunaan harta awam dan eksploitasi kakitangan kerajaan oleh parti Barisan Nasional.
1.2 Program bersama YAB. Timbalan Perdana Menteri dan calon Barisan
Nasional bertempat di pejabat MADA, Bukit Besar.( 26 Oktober 2013)
1.3 .Program YAB. Timbalan Perdana Menteri dan calon Barisan Nasional di
SMK Sungai Limau yang dihadiri oleh Guru-guru, ibu bapa dan para
pelajar.( 26 Oktober 2013)
1.3.Program YB. Dato’ Ahmed Shabery Cheek
Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama jentera Barisan
Nasional dengan pegawai Hal Ehwal Khas (JASA) di pejabat Jabatan
penerangan Daerah Yan.( 30 Oktober 2013)
1.4 Program bersama menteri
Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Bin Apdal dengan seluruh PIBG sekolah daerah
yang bertempat di sekolah Kebangsaan Sedaka, Yan.( 31 Oktober 2013)
1.5 Menggunakan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) sebagai perayu undi pada setiap hari kempen pilihanraya.
1.6 Menggunakan siaran televisyen milik kerajaan dan swasta yang di
kawal penuh oleh kerajaan untuk berkempen bagi pihak parti Barisan
Nasional pada setiap hari dan memburukkan parti pembangkang dengan cara
penyiaran yang berat sebelah dan tidak beretika.
1.7 Perayu undi Barisan Nasional yang berselindung disebalik jabatan
kerajaan telah bertemu pengundi dan menyogok pengundi dengan wang dan
barang-barang untuk mempengaruhi pengundi bagi mengundi Brisan Nasional.
1.8 Kerajaan negeri Kedah dibawah Barisan Nasional telah mengarahkan
agensi-agensidi bawahnya melakukan kerja-kerja kempen Barisan Nasional
dengan menggunakan kemudahan milik kerajaan seperti kereta rasmi
kerajaan negeri dan sebagainya.
2.. Implikasi buruk penyalahgunaan premis awam dan eksploitasi kakitangan kerajaan untuk berkempen parti dalam pilihanraya.
1.1. Menjejaskan nama baik kerajaan Malaysia di mata masyarakat dan
mengakibatkan imej buruk diperingkat antarabangsa kerana ia tidak
bertepatan dengan amalan demokrasi tulen yang diterima secara baik
diseluruh dunia.
1.2. Menyebabkan harta benda awam disalahguna secara berleluasa dan hilang akauntibiliti dalam pengurusan harta awam.
1.3. Menyebabkan tekanan kerja dan penyalahgunaan sumber tenaga dalam
perkhidmatan awam apabila pengawai kerajaan diarah secara paksa
melakukan kerja yang bukan tugas hakiki mereka untuk berkempen bagi
parti Barisan Nasional.
1.4. Menyebabkan kerosakan dalam aspek
integriti perkhidmatan awam apabila segala perbelanjaan yang digunakan
adalah dana awam yang sepatutnya adalah untuk semua rakyat tanpa mengira
fahaman politik.
1.5. Menyebabkan gangguan pembelajaran khususnya
kepada pelajar-pelajar sekolah apabila kempen Barisan Nasional ini
dijalankan di sekolah. Hal ini amat tidak sesuai kepada para pelajar
kerana mereka sepatutnya dididik secara bijak dan tidak mencampuri
urusan parti yang hanya sesuai untuk rakyat dewasa.
1.6. Menyebabkan
masyarakat terus berpecah belah akibat ketidak puas hati sebahagian
masyarakat yang didiskrimasi untuk menggunakan premis awam.
2. Tuntutan dan desakan untuk menghentikan penyalahgunaan premis awam
dan eksploitasi kakitangan kerajaaan dalam kempen Parti Barisan Nasional
ketika pilihanraya.
2.1. Merayau kepada Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agung, Sultan Abdul Halim Mua’zam
Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai penaung kepada Perkhidmatan
Awam Malaysia untuk menasihati YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana
Menteri Malaysia sebagai ketua Eksukutif Kerajaan Malaysia agar Kerajaan
Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan negeri tidak
menyalahgunakan premis awam dan mengeksploitasi kakitangan kerajaan
untuk berkempen bagi parti Barisan Nasional.
3.2.Mendesak supaya
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) agar melaksanakan tugas sebagai
pengurus perjalanan pilihanraya Malaysia secara adil, saksama, dan telus
sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta
Pilihanraya. SPR tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak dan perlu
mengambil tindakan yang tegas jika ada pihak yang menyalahgunakan premis
kerajaan dan mengekplotasi kakitangan kerajaan dengan cara yang salah
3.3. Mendesak Kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Barisan Nasional
di peringkat Persekutuan dan negeri untuk tidak lagi menyalahgunakan
premis awam dan mengekploitasi kakitangan kerajaan untuk kegunaan kempen
Barisan Nasional dalam mana-mana pilihanraya.
3.4. Menyeru semua
pihak khususnya kerajaan dan rakyat untuk mengamalkan sistem demokrasi
yang telah diterima pakai secara adil, saksama, dan bertanggungjawab
tanpa mengira fahaman parti politik demi mengukuhkan perpaduan dan
kesatuan rakyat.
3.5. Menyeru seluruh rakyat untuk mengamalkan celik
politik yang bijak dan terpuji dengan hanya menerima politik yang
bersih, adil, dan telus serta menolak politik yang sempit, rasuah, dan
penyalahgunaan kuasa.
3.6. Menyeru seluruh rakyat untuk membina
suatu perubahan politik yang lebih terpuji melalui sistem demokrasi yang
adil, saksama, dan bemaruah.
PENUTUP
Memorandum ini adalah
suatu harapan seluruh rakyat yang ingin melihat dan menikmati suatu
proses pilihanraya yang dicorak dengan sistem dan perjalanan yang lebih
adil demi kelangsungan sebuah sistem bernegara yang bemaruah dan
berkedudukan tinggi. Harapan yang sangat tinggi kepada semua pihak yang
bertanggungjawab untuk menjadikan Malaysia dan rakyatnya dapat dilayan
sama rata dan adil serta dihapuskan kepentingan politik sempit yang
sangat bahaya kepada kelangsungan sebuah negara yang harmoni, damai,
sejahtera dan makmur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan