Pengerusi sebuah kumpulan yang membantah kenaikan harga baru-baru
ini, ditahan atas cubaan menggulingkan kerajaan menjelang sambutan
ambang tahun baharu 2014.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.35 malam Isnin
ketika sedang makan malam di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala
Lumpur.
Timbalan Ketua Jabatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner
Khairi Ahrasa berkata, suspek yang juga berasal dari Terengganu akan
direman pada Selasa.
"Kami sedang menyiasat suspek mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan
Aman dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba
menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.
"Kami percaya lebih ramai akan ditangkap dalam masa terdekat
menjelang perhimpunan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada 31
Disember ini," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Terdahulu, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohd Azan
Safar merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31
Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan