Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini
membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani
menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir
negara demi kelangsungan politik.
Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang
mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh
kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri
dan bukan untuk kepentingan awam.
"...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi
mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa,
merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan
awam.
"...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar,
bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi
tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji
yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh
yang dihormati rakyat.
"...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi.
JuRagan : Prof Muhaya kena Positif dan bersyukur dengan kenyataan ini..barulah datang ketenangan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan