Khamis, 26 Disember 2013

Siapa Punya Kerja Macam "Bangsat" nii...???

Pemuda Pas Kuala Langat kesal  tindakan pihak tidak bertanggungjawab  mengaitkan PR dengan penggantung kain rentang  mengajak masyarakat menyertai perhimpunan menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Ketuanya, Hairul Nizam Tohar berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang  cuba mengganggu gugat  keharmonian dan kesejahteraan penduduk negara ini.

Menurutnya, pihaknya masih percaya sistem demokrasi  dan  menghormati ketenteraman awam, namun jika menyalahgunakan nama dalam mengajak masyarakat untuk menjatuhkan sesuatu pihak tidak sepatutnya berlaku.

“Saya menerima maklumat satu kain rentang telah digantung di Jalan Telekom Lama, Banting sekali gus mengarahkan ahli supaya menurunkan kain rentang terbabit supaya tidak meragukan masyarakat.

“Tindakan itu menunjukkan ada unsur sengaja ingin menjatuhkan imej PR selain menunjukkan sikap tidak profesional mereka dalam menimbulkan isu baru,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya.

Hairul Nizam berharap penyebaran fitnah seperti itu  dihentikan supaya tiada berlakunya sikap menuding jari.

Katanya, orang ramai juga diharapkan  segera melaporkan kepada polis sekiranya menerima maklumat berhubung pemasangan kain rentang berkenaan.

Selain itu, Hairul Nizam berkata, pihaknya difahamkan pemasangan kain rentang berkenaan bakal dipasang lagi namun pihaknya mengambil langkah berwaspada untuk  membanteras pemasangan tersebut daripada berleluasa.

Dalam pada itu, semalam, lebih 20 ahli Pemuda Umno Bahagian Kuala Langat, Puteri Umno Bahagian Kuala Langat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman mengenai pemasangan kain rentang mengajak masyarakat menyertai aktiviti menggulingkan kerajaan pada 31 Disember di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan