Keadaan akan menjadi lebih panas di dalam bangunan pada 2014 apabila
pusat membeli-belah, bangunan tinggi dan pejabat akan meningkatkan suhu
penyaman udara bagi mengurangkan kos elektrik.
Persatuan Pengurusan Kompleks Beli-belah. dan Bangunan Tinggi
Malaysia 400 ahlinya di seluruh negara untuk menetapkan penghawa dingin
mereka pada suhu 23° C atau 24°C.
Menurut persatuan itu, penyaman udara melibatkan penggunaan tenaga
yang terbesar iaitu kira-kira 65% di dalam bangunan komersial.
Presidennya, H.C. Chan berkata, kebanyakan pusat membeli-belah di
negara ini kini terlalu sejuk, dengan suhu antara 21°C hingga 23°C.
"Kita boleh dan perlu menaikkan suhu beberapa darja terutama sekali
dengan kenaikan kos tenaga. Realitinya adalah kita perlu menjadi cekap
dari segi penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran kerana elektrik
adalah perbelanjaan terbesar utama kita," katanya.
Chan berkata, kerajaan di negara-negara lain seperti China dan
Singapura mengeluarkan garis panduan untuk mengawal pengurusan suhu
dalam bangunan komersial di antara 24°C dan 26°C.
Ahli jawatankuasa Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia dan Hartanah
Antarabangsa Persekutuan Malaysia, Richard Chan berkata, penggunaan
penghawa dingin mencatatkan jumlah yang terbesar dalam bil elektrik di
pusat membeli-belah dan bangunan tinggi.
"Kompleks atau pusat membeli-belah yang lebih besar membayar antara
RM2 juta dan RM3 juta sebulan hanya untuk penggunaan penghawa dingin
sahaja," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan