Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat
dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi
antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar
berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan
perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada
2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan
RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada,
yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah
dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah
pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan
Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat
mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih
membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu
tiba.
"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan
dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan
alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri
Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol
pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat
konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku
antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak
perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang
julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang
awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu
yang merupakan salah satu ikon ibu negara.
"Sambutan ini juga dapat
membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan,
sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui
acara seperti ini," katanya.
JuRaGan : Mapiuhhhh la...Hadiah Tahun Baru untuk Umno Totok..Gula..Minyak..LRT..dan kini PLUS..Gua tabik springgg sama ahli umno yang bermati-matian kasi undi sama ini BN...Apa mau kisah beb...lu orang ahli Umno,bila lalu kat TOL..lu orang tunjuk kad keahlian Umno..Lu orang dapat harga lama beb..atau pun lu orang buta-buta kena ludah dengan pekerja tol dan cakap "Apa..lu ingat lu punya bapak punya ini tol.."kuah3...Akhir kalam.."BN Menang..Ahli Umno semedang kena banganggg"
Nampaknya mentang2 kenaikan secara berkala ini dipersetujui oleh taukeh2 UMNO, (PLUS adalah anak syarikat UMNO), walau pun mereka sudah untung berlipat ganda, tol masih lagi nak dinaikan. Biar rakyat jelata mampus . Sama sekali tidak memperdulikan kesusahan rakyat. Inilah yang dikatakan UMNO ini adalah 'highway robbers'.
BalasPadamBila tol naik, bila minyak naik, sudah tentulah semua barang akan turut. Memang benarlah apa orang kata, UMNO adalah perompak lebuh raya disiang hari. Untuk duit semuanya halal.
UNDILAH UMPORNO BN.
BalasPadam