Khamis, 2 Januari 2014

Mufti "AgamaWang" Paling Jahil - Dewan Ulama' Pas

Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta perhimpunan anti-kenaikan harga baru-baru ini sebagai pemberontak yang halal darah mereka terus dikecam, termasuk oleh Dewan Ulama PAS.

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah.

"Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat," kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS, Khairudin Aman Razali.
Harussani sebelum ini dilaporkan berkata peserta perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah mereka “dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori "bughah", atau pemberontak.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Bagi Khairudin, kenyataan itu menyeleweng dari hukum Islam dan sangat menyesatkan.

Ahli parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan bahawa dalam Islam, 'bughah' atau pemberontak merujuk kepada penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam, dan termasuk salah satu kesalahan jenayah hudud.

"Adakah peserta perhimpunan 31 Disember 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?" tanya beliau dalam kenyataannya.

Lagipun, katanya, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan terhadap Yang diPertuan Agong.

Katanya, para peserta perhimpunan malam Selasa lepas hanya turun dengan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.

"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," kata Khairudin, sambil berkata "fatwa" yang dikeluarkan Harussani itu dibimbangi membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. - 2 Januari, 2014.

2 ulasan:

  1. dia harap akan dapat sekurang-kurangnya rm4 juta dari najib - lebih sikit dari tok guru pondok kelantan - kerana berani melacurkan agamanya........

    BalasPadam
  2. dia ni akan tau bercakap benar bila dia jadi nelayan, penarik beca atau tok bilal. bila dia tahu perit pedih golongan itu maka dia akan kata bantahan kenaikan harga barang itu jadi JIHAD. Ulama TEROMPAH, ajak muzakarah tak mau, ajak debat lagi lah jauh.

    BalasPadam