filem bertajuk The Wolf of Wall Street yang terlalu banyak adegan sex
dan telanjang (NC 17) terbitan Red Granite yg dimiliki oleh Riza Shahriz
Abdul Aziz.. anak Rosmah dan anak tiri Najib Razak.
Inilah usaha yang selama ini cuba digarap oleh pemimpin Umno...iaitu dapat mengeluarkan produk anak melayu yang mampu bersaing di peringkat antara bangsa,tanpa mengira Halal atau Haram bisness mereka.Kini Umno patut berasa bangga Anak Rosmah mampu membeli Kondo beharga RM110 juta di US dan mampu menerbitkan filem telanjang yang menaikkan lagi Malaysia sebagai negara Islam.
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Maksudnya : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (tidak berkehendak kepada aturan yg telah ditetapkan oleh Allah) yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."(Surah Hud ayat 113)
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maa-idah ayat 51)
Untuk lebih memahamkan firman-firman Allah di atas, sayugilah kita memerhatikan dialog di antara si tukang jahit dengan seorang ulamak silam yang terkenal iaitu Sufyan at Thauri.
Suatu ketika datang seorang lelaki bertanya kepada Sufyan at Thauri , dia berkata :"Aku ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah yang zalim); adakah aku tergolong dalam kalangan penyokongnya?
Sufyan at Thauri menjawab : "Engkau bukan daripada kalangan penyokong tetapi engkau adalah golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada engkau jarum dan benang (untuk menjahit)."(Kitab al Mu'jam al Kabir)
Dalam situasi hari ini, sistem pengundian adalah sejenis mengiktiraf seorang pemimpin dengan pengakuan taat setia yakni suatu jalan usaha untuk membentuk pengagihan kuasa yang benar dan adil. Oleh kerana kebenaran dan keadilan itu adalah dituntut oleh agama maka ia menjadi satu kewajiban yang mesti ditunaikan oleh setiap kaum muslimin.
Jelasnya satu undi daripada setiap orang dikira sebagai satu usaha untuk untuk melantik pemimpin masyarakat dan negara yang dilihat memiliki ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki Islam (berdasarkan penyaksian atau maklumat yang diperolehi melalui sumber yang sah).
Bukankah Allah mengambil kira setiap perbuatan walaupun ianya sebesar zarah apakan lagi dalam hal sebesar ini.?
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesiapa yang mati tetapi tidak pernah membai'ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliyah. (Hadis Sahih Riwayat Muslim no. 3441)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan