Malah, ketika melakukan hubungan seks, isteri malang berusia 30
tahun itu terpaksa menahan malu kerana perbuatan itu disaksikan sama ada
suaminya atau tetamu tidak diundang terbabit.
Insiden terbaru berlaku kelmarin apabila lelaki terbabit
mengarahkan isterinya melakukan hubungan seks dengan seorang rakannya
sambil diperhatikannya.
Tidak tahan dengan perlakuan melampau suami, wanita itu nekad
melaporkannya kepada pihak berkuasa sebelum serbuan dilakukan polis di
rumahnya, kelmarin.
Dalam laporannya kepada polis, ibu kepada seorang anak berusia tiga
tahun itu mendakwa dia pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki
serentak iaitu suami dan kawan suaminya.
Perbuatan itu bukan berlaku sekali atau dua, malah berulang kali
membabitkan beberapa lelaki berlainan yang dibawa pulang suaminya ke
rumah sejak mereka mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun lalu.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, rakan suami wanita berkenaan
berkunjung ke rumah pasangan itu di sebuah kondominium di kawasan Bukit
Indah, Ampang, jam 10 malam.
“Wanita terbabit yang sudah menjangkakan dia akan menjadi mangsa
nafsu pelik suaminya kemudian cuba melarikan diri dengan memberi alasan
mahu ke kedai.
“Ketika itu, wanita berkenaan menghubungi Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) untuk meminta bantuan supaya menyerbu kediamannya,”
katanya.
Sumber terbabit berkata, setengah jam selepas itu wanita berkenaan
pulang ke rumah dan melihat suami bersama anaknya dalam bilik air
sebelum lelaki itu meminta isterinya melakukan hubungan seks dengan
rakannya.
“Bagaimanapun, mangsa enggan menurut permintaan pelik suaminya sebelum disuruh masuk ke bilik.
“Tidak lama kemudian, suami wanita itu bersama rakannya masuk ke bilik itu,” katanya.
Menurutnya, sejurus masuk ke bilik, lelaki terbabit terus melakukan hubungan seks bersama isterinya sambil ditonton rakannya.
“Rakan suami mangsa kemudian terangsang selepas menonton aksi seks pasangan terbabit.
“Lelaki itu kemudian turut melakukan hubungan seks bersama pasangan
berkenaan dan wanita itu terpaksa merelakan dia diperlakukan sebegitu
semata-mata mahu memenuhi selera seks pelik suaminya,” katanya.
Menurut sumber itu, tidak lama kemudian, penguat kuasa Jais bersama
anggota polis tiba di rumah pasangan berkenaan dan menahan kedua-dua
lelaki terbabit berdasarkan laporan wanita itu.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 30-an dan 40-an adalah jurutera di syarikat swasta.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd
Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan
penahanan kedua-dua lelaki terbabit.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas keterangan mereka diambil.
Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol dan
mangsa dihantar menjalani pemeriksaan doktor, namun siasatan lanjut dan
menyeluruh perlu dilakukan.
“Selain suami mangsa dan rakannya, wanita itu turut dipanggil
memberi keterangan dan polis juga akan mengambil keterangan anak mereka
yang berusia tiga tahun.
“Kami masih menunggu laporan perubatan dan jika benar ada tanda
menunjukkan wanita berkenaan menjadi mangsa pemuas nafsu kedua-dua
lelaki terbabit, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya.
Semua bukti seperti kesan tompokan air mani yang ditemui pada tilam
dan bantal sudah diambil selain ujian asid deoksiribonukleik (DNA)
turut dilakukan.
Sementara itu, difahamkan wanita berkenaan sebelum ini pernah
meminta cerai daripada suaminya, namun lelaki terbabit pandai memujuk
setiap kali isterinya mengajukan hasrat berkenaan.
JuRaGan : Kalau takda Iman dan Islam..maka Jiwa akan kosong..maka jiwa yang kosong akan dimasukkan dengan nafsu yang jahat tanpa pedoman dengan Ilmu Allah..Hancur Rakyat...Hancurr Umnoo..kerana mereka yang membuat dasar dan mereka lah yang menjalankan undang-undang ciptaaan manusia.
malas nak komen dengan cerita2 bodo maCAM NI...MANGKUK2 TU DAH TEMPAH TIKET KE NERAKA, APA NAK HERAN KAN??
BalasPadam"Sesiapa yang ingin mengumpulkan duit pencen dari sekarang, boleh mulakan hari ini sedikit demi sedikit disini ",http://www.usahamudah.com/?id=132259
BalasPadam