Ahad, 12 Januari 2014

Umno Nak Buat Kerja "Gila"...

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) membidas cadangan Putrajaya untuk membuka Hard Rock Cafe bercirikan Islam yang disifatkannya tidak masuk akal.

Bekas calon Parlimen kerusi Putrajaya tersebut berkata tiada Hard Rock Cafe yang dibuka di seluruh dunia tidak menyajikan hiburan melampau dan juga minuman keras.

"Mana ada negara dunia yang Hard Rock Cafe dibuka tanpa hiburan dan minuman keras?
Husam juga berkata sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, rata-rata penduduk di Putrajaya banyak meminta supaya sekolah agama dibuka di samping rungutan tentang masalah letak kenderaan.

"Masa saya berkempen di sini dulu, tak ada pula penduduk Putrajaya meminta untuk dibuka Hard Rock Cafe.

"Banyak yang hantar surat kepada saya meminta supaya sekolah agama dibuka, serta menyelesaikan masalah 'parking'," tambahnya lagi.

Menurut Husam lagi, banyak cadangan yang tidak munasabah daripada pemimpin Umno dan Barisan Nasional di samping isu kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.

"Kenapa semua ini berlaku?

"Semua yang berlaku ini kerana kita (PR) gagal tawan Putrajaya pada pilihan raya dahulu," terangnya lagi.

1 ulasan:

  1. Usah bimbanglah dato yang mungkar itu adalah hak UMNO mereka mana ada masa untuk akal berfikir apa yang rakyat perlukan apa yang ada dikepala akal batu mereka ialah duit itu saja ,selain daripada itu mampuslah rakyat aku apa peduli bila hampir PRU tabur duit pada rakyat dan janji itu dan ini tapi bila sudah dapat kuasa dari rakyat kita punya hal lah nak buat apa pun ,itulah kebodohan orang yang buat pemilihan.Tunggu PRU14

    BalasPadam