Calon BN untuk pilihan raya kecil Kajang, Naib Presiden MCA, Datin
Paduka Chew Mei Fun optimis tentang peluangnya untuk menang dalam
pilihan raya pada 23 Mac ini.
"Kemungkinan untuk kita menang adalah tak begitu menggalakkan tetapi kita akan bekerja keras.
"Kalau saya kata saya yakin akan menang saya bohong, tapi keadaannya
akan berubah kerana kita ada tempoh sebulan lagi," katanya dalam reaksi
segera selepas diumumkan sebagai calon dan ditemui di perkarangan ibu
pejabat Umno petang tadi.
Ditanya tentang kelebihannya berbanding calon PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang diumumkan Pakatan Rakyat sebagai calon mereka, Chew Mei Fun
menjawab seperti berikut:
"Saya akan berkhidmat dengan sepenuh hati.
"Pada pandangan saya, orang Kajang perlukan seseorang yang bukan sahaja
boleh menyuarakan isi hati mereka, tetapi juga sentiasa dilihat berada
di sana (Kajang), boleh dihubungi dan wakil rakyatnya sentiasa ada di
sana".
Selain Anwar dan Mei Fun, Datuk Zaid Ibrahim dan Senator Nallakaruppan
juga telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas
di situ.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetap tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian akan diadakan pada 23 Mac.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan