Sabtu, 22 Februari 2014

Kerja "Bangsatt"nii...

Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang menganjurkan himpunan mendesak pemansuhan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) hari ini, mendakwa beliau ditukarkan tempat bertugas serta-merta "tanpa sebab munasabah".(gambar hiasan)

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, seorang guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual yang mengajar di Jerantut berkata beliau menerima surat pertukaran bertarikh 17 Februari itu semalam (21 Februari).

Menurutnya, surat yang ditandatangani pengarah Jabatan Pendidikan Daerah itu mengarahkannya bertukar serta-merta.

Namun, beliau hairan dengan tarikh surat itu yang lebih awal berbanding tarikh serahannya, iaitu semalam.

"Saya sedikit keliru kerana tanpa sebab munasabah (saya) cuba ditukarkan (sekolah).

"Alasan yang diberikan adalah alasan klise iaitu khidmat saya diperlukan di sana (tempat baru)," katanya yang merahsiakan nama sekolah beliau mengajar sekarang dan nama sekolah baru tempatnya akan bertugas.

Menurut Izzat, beliau akan kembali mengajar di sekolah sekarang pada Isnin depan kerana sedang mendapatkan nasihat guaman tentang arahan pertukaran itu.

Pada masa sama, ia juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendesak pemansuhan PBS menerusi 'Himpunan 222: Mansuh PBS' pada jam 1 tengah hari ini di Masjid Bandar Baru Bangi, katanya.

1 ulasan:

  1. padan muka .....!!! dulu sapa suruh bagi undi kepada umno-bn .... kan dah seka...!!!!!!!!!!

    BalasPadam