Sabtu, 5 April 2014

Mahal beb..Inilah Jumlah Perbelanjaan Misi Cari MH370 Paling Mahal Dalam Dunia..

Selepas empat minggu kos misi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, ia bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, lapor media.
 
Sehingga kini, kos mencari MH370 sudah melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah US$50 juta (RM163.98).
Menurut The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah US$510,400 (RM1.67 juta) sehari.

Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah US$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari.

Apabila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah US$9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak US$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.

Tentera AS turut berbelanja sebanyak US$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

Vietnam pula sudah berbelanja US$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.
Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak US$5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta).

Jumlah boleh mencecah US$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara. – 5 April, 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan