Ahad, 10 Ogos 2014

Akhirnya PAS Kembali Sendirian - TGNA

KOTA BAHARU: Apa jua kemelut politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat (PR) masa ini, ia tidak akan menggugat keutuhan Parti PAS.

Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz, PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cabaran sejak awal penubuhannya.

“Dasar PAS ialah memperjuangkan Islam dan ini akan kekal selamanya sama ada PAS bergabung dengan mana-mana parti atau sebaliknya,” kata Nik Aziz ketika ditemui di kediamannya di Kota Baharu, Kelantan awal hari ini.

“Jadi sekarang ini PR ‘KO’ apa nak buat dengan keputusan tak ada apa, tapi PAS turut keputusan yang dibuat Presiden Parti dan saya menyokong penuh,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.

PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cara cabaran dan rintangan sepanjang zaman termasuk dalam beberapa siri perpecahan dalam kerjasama politik yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Nik Aziz, parti tersebut pernah bersama dengan UMNO sekitar tahun 1970, namun berpecah selepas itu.

PAS juga pernah bersama dengan Semangat 46 dalam angkatan perpaduan ummah (APU) pada tahun 1990 namun berpecah jua.

PAS  juga pernah bersama dengan DAP dan Parti Keadilan dalam barisan alternatif (BA), sekitar tahun 1999, namun selepas itu DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA.

Apa yang menarik, walaupun PAS berpecah dalam kerjasama politik yang dijalinkan, ia masih berdiri teguh dan utuh sehingga kini.

“Saya nak menyebut tentang hak saya sendiri, iaitu PAS Kelantan mengalami bermacam-macam masalah dengan parti lain.

“Kita mula dengan menyertai Barisan Nasional berdasarkan Tun Abdul Razak selepas 13 Mei. Saya dan Tan Sri Datuk Mohamad Asri Muda (bekas Presiden PAS) menyokong kuat masuk UMNO tetapi entah bagaimana kita ditendang keluar namun kita tegap duduk dengan keadaan kita, tidak mengapa berlaku kali kedua dengan Semangat 46. Kita bersama mereka akhirnya dan kita teruskan jua  -- itu sejarah kita,” katanya.

PAS, katanya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku pada masa ini dan akan datang, dan sekiranya PAS terpaksa berdiri sendiri, parti itu mampu melakukannya dengan sokongan padu ahlinya.

Beliau juga menasihati semua pihak supaya menjaga lidah dan tidak bercakap perkara yang tidak benar.
Pada 7 Ogos lalu, Majlis Syura Ulamak membuat keputusan supaya mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan dengan sebarang pelanggaran amanah.

Keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dengan melihat kepada kepentingan rakyat yang seharusnya mendahului kepentingan individu atau parti.

8 ulasan:

  1. pas pernah joint umno...semnagat 46 joint umno...yg belum teringin nak joint umno dap dan pkr jerr...kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat apa PKR join Umno sebab mereka asal dari Tong Taik yang sama...

      Padam
  2. (( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

    Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

    UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

    Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

    Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

    Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

    Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

    Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


    Sumber
    >>> Klik Di Sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu alasan justifikasi Kajang Move yang gagal. Tak payah berselindung lagi. Semua orang tahu tujuan TSKI digulingkan kerana berebut kuasa dan jawatan. TSKI orang berperinsip. Beliau tak akan rujuk balik kepada PKR. Beliau tak akan menyerahkan kekayaan Selangor kepada orang luar untuk dirompak. Beliau akan mohon bubar DUN untuk rakyat Selangor buat pilihan.

      Padam
    2. mak ai...perasannya. kalau kau dapat baca dokumen kajang move baru kau reti kenapa semua ini berlaku. sejak awal tan sri khalid tak setuju dengan kajang move. yelah, dari awal lagi sudah khianat kepada rakyat. rakyat dah pilih satu pemimpin pkr untuk berkhidmat di kajang, apa pasal nak letak jawatan bagi membolehkan prk dijalankan semula? kaupun tahu kenapa dun kajang jadi pertaruhan. sebab kajang adalah aset pakatan! seratus kali prk pun, pakatan akan menang, setakat ini la. khianat begini dah dilakukan oleh laki bini yang sama di utara, kau dah lupa? aku tak tahulah dokumen kajang move yang dah bocor tu palsu atau betul, tapi jalan cerita yang dicreate sangat jahat!!! hanya pengkhianat yang amat jahat sahaja yang mampu lakukan, tak tahulah kalau kau sanggup jadi pengkhianat begitu. berapa adun yang setuju dengan kajang move, boleh kau bagi tau? adun dari pas hanya dua orang yang setuju, sebab walaupun dijanjikan kuasa sebagaimana yang diidamkan, khianat kepada negara adalah berdosa besar. bila ekonomi negara rosak, berjuta rakyat akan susah, ada dalam fikiran kau perkara ini. bukan sahaja penyokong umno bn akan susah, orang yang tak tahu apa2 pasal politik, kanak2, orang kampung malah orang yang sudah sedia miskin akan juga jadi susah. tak berdosakah itu semua? sebab itulah, sebagai pemimpin yang ada prinsip, tan sri khalid tidak setuju dengan rancangan jahat begitu. oh! dokumen kajang move tu ciptaan balaci umno? kalau begitu, kenapa tak repot je kat polis, biar balaci umno kena peram dalam lokap sampai masam? kenapa rafizi terhegeh2 cerita kononnya balaci umno bongkar cerita dia ada skandal dengan kucing bila ditanya pasal dokumen kajang move. berprinsiplah dan terus buat repot polis. kau sepatutnya sedia maklum kalau pro pakatan buat repot polis, dan dan itu jugak siasatan akan dilakukan. bukan macam balaci umno buat repot kat polis, macam melukut di tepi gantang.
      last nak cakap kat kau, khalid ibrahim akan rujuk balik kepada pkr? baik kau telan dulu panadol sepapan supaya kau dapat tidur lena dan mimpi yang indah2 macam yang kau cakap tu...

      Padam
  3. Balasan
    1. akupun mula sokong TGNA dan TGHH. yelah, sejak TGNA sudah lepas jawatan MB kelantan. sejak itu kurang sikit makiannya kepada yang bukan pas, pkr atau dap. tapi bila aku sokong mursyidul dan presiden pas ni, rupanya ajk pas pusat pulak bangkang. letih la macam ni. presiden dan mursyidul dijadikan tunggul dalam pas...adussss...

      Padam
  4. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK SUGENG ) DI NMR
    ( 082-315-999-679 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    BalasPadam