Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, masih ada ruang untuk mereka meningkatkan peranan dan perkhidmatan bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau mendapati sebahagian masalah yang timbul berada di luar kemampuan wakil-wakil rakyat berkenaan untuk menyelesaikannya.
"Inilah tujuan sebenar (pertemuan ini) berdasarkan kepada ungkapan kita iaitu BN mendahulukan rakyat," katanya selepas pertemuan dengan Ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, 105 daripada 112 Ahli Parlimen BN yang dijemput termasuk timbalan menteri hadir pada pertemuan itu.
"Ini merupakan jumlah kehadiran yang sangat baik, yang tak hadir sudah tulis surat beri sebab. Kita tak jemput menteri kerana menteri ada masa (lain) untuk berjumpa (dengan saya) secara berasingan," katanya.
Juragan : Sudah Terang Lagi Bersuluh....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan