Ahad, 9 Januari 2011

Bala Allah...Melanda Peserta Sehati Berdansa..??


PELIK tetapi benar inilah yang boleh dikatakan tentang rancangan popular Sehati Berdansa di Astro. Apa tidaknya setakat ini sudah tujuh pasangan yang menyertainya bercerai.

Terbaharu Rabu juara program musim ketiga, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, dan isterinya, Noor Diyana Muhammad atau Nana (gambar) bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

Sebelum ini pasangan yang menyertai program yang sudah bercerai ialah pelakon Sabrina Ali Dad Khan dan suaminya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38; Asheed Def Gab C dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz; Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG dan Shazlin Sharif serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.

Sein, 27, melafazkan cerai selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Negeri Selangor 2003.

Prosiding perceraian dijalankan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin.

Pasangan itu menjuarai musim terakhir program realiti itu yang merupakan pertandingan tarian khusus untuk pasangan selebriti.

Peguam Syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Noor Diyana, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu atas alasan pasangan itu tidak lagi dapat menjalani kehidupan bersama kerana tiada persefahaman.

Zuri berkata pasangan suami isteri itu masih tinggal serumah tetapi tidak lagi tidur bersama dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan antara mereka.

"Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk rundingan oleh keluarga masing-masing tetapi tidak ada keputusan dicapai untuk memperbaiki hubungan.

"Memandangkan defendan (Sein) dikenali ramai jadi mohon kebenaran untuk bercerai cara baik," katanya.


Juragan : Inilah ujian dari Allah...kepada hamba-hambanya yang melampaui batasan..maka hendaklah kalian bertaubat dan kembali kepada Fitrah Islam yang sebenar.Sesungguhnya hanya dengan Islam kamu akan Selamat.


3 ulasan:

  1. salam.
    kita berharap sangat pihak berkuasa dalam bidang agama di negara kita ni untuk memberi respon terhadap perkara2 atau perbuatan yang bercanggah dengan syarak lebih2 lagi yang disiarkan di tv.nanti kalau dah banyak sangat program maksiat kita akan ditimpa bala.bala tak pilih bulu.wasalam

    BalasPadam
  2. Saya tak pasti, tapi kadang kala apabila melihat artis suami-isteri di kaca tv membincangkan tentang rumah tangga mereka yang bahagia. Keadaan ini memperlihat keadaan yang seperti 'ego' kerana mampu memaparkan kisah kebahagiaan mereka di seluruh negara. Mungkin ada penonton yang mungkin iri hati, atau tidak iri hati namun terdetik dalam hati mungkin sesaat terdoa atau terniat keruntuhan rumah tangga mereka, cth ungkapan: 'Tak sampai masa lagi... bila sampai tahulah kamu'. Siapa tahu doa orang, memang akan dimakbul Allah.

    Begitu juga dengan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, kalau boleh jangan diceritakan sangat kisah cinta kamu, majlis perkahwinan kamu dan sebagainya di media. Manusia mungkin iri hati, terasa hati atau dengki kerana tak dapat berbuat seperti mereka lalu mendoakan suatu yang tidak baik sedangkan di dalam majlis yang sedemikian doa yang baik-baik sahaja diperlukan.

    Jadi berhati-hatilah. Biar sederhana, tetapi mendapat keberkatan. Yang menonton pun janganlah berdengki.

    BalasPadam
  3. Selalunya perkhawinan para artis terlampau menyalahi hukum syarak...lihatlah majlis persandingan mereka,seperti orang bukan islam adanya.

    Sesuatu perkhawinan yang di ikat bukan atas dasar Islam maka menunggu masa lah akan Tenggelam.Kembali kepada Islam itu yang terbaik,nak harapkan ulamak Umno menegur jangan haraplah,asalkan tembolok mereka penuh cukuppp.!!

    BalasPadam