Selasa, 11 Januari 2011

Kantoiii...Polis Pulak Kena "Cekup"...


Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.

Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.

Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.

Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut.



Juragan : Gua rasa tak cukup lagi la elaun yang mereka dapat...kalau boleh
bagi banyak lagi..!!
macam elaun spenda,elaun singlet,elaun seliper,
elaun stokin dan elaun berus gigi...Hampehh..dunia..dunia..





1 ulasan:

  1. Byk lagi kalau betul2 nak cekup!! pegi la ke mana pelusuk msia ni, kata yg nama P*L*S bersepah2 cari makan haram...tak takut darah daging dir & anak bini kena bakar dgn api neraka.. Iyelah, semua ni kepimpinan melalui teladan..kalau bos2 depa makan haram, anak buah pun apa lagi..yg bezanya ada 2, bos mkn besar2 & takkan kena cekup. Tp, anak bauh mkn kecik2 & silap2 kena cekup... Tak caya? tanyalah ketua2 depa termasuk hok dah pencen2 tu...Akob

    BalasPadam