Jumaat, 25 November 2011

Ketua Polis Johor Kata Azmin Penipu..

Polis Johor pada Jumaat, menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa permit ceramah parti itu di negeri ini dibatalkan pada saat akhir.

Sebaliknya kata Ketua Polis negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, pihaknya tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR dua hari lepas.

Isu pembatalan tidak timbul kerana polis tidak pernah meluluskan permohonan itu, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas kenyataan Azmin yang memberitahu pemberita selepas perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini, bahawa polis membatalkan permit ceramah PKR di beberapa kawasan pada saat akhir malam Khamis.

Mohd Mokhtar turut mengingatkan pemimpin parti politik itu agar tidak mencabar undang-undang dengan mengadakan ceramah tanpa kelulusan pihak berkuasa.

"Kita kena hormat undang-undang...kalau tidak hormat, itu juga mencabar polis," katanya ketika ditanya mengenai desas-desus pemimpin PKR tetap mahu mengadakan ceramah tersebut.

Beliau berkata jika permohonan ditolak, pihak berkenaan masih boleh mengemukakan rayuan kepada ketua polis negeri.

JuRagaN : Lagi apa mau beb..kuasa sepenuhnya telah diberikan kepada polis oleh najib pada undang2 baru perhimpunan haram@Aman..maka jadilah Pencacai Umno krn Umno yang bagi kamu makan dan rezeki utk hidup.



2 ulasan:

  1. Kuasa juga sudah ditunjukkan.Tapi maklumat dan
    penerangan WAJIB diteruskan.Sokongan akan tetap
    aku berikan.Cuma jangan sekalix meletak bekas
    calun PKR Cikgu ALIAS ZENON sebagai calun dalam PRU kelak.Beliau merupakan Pengurus Cawangan JERAI
    SECURITY Kuala Kangsar yang telah menganiaya
    pekerjaxnya.Bernaung dibawah Parti Keadilan Rakyat
    tapi sewenangxnya membuang perkerjanya tanpa 'notice' kerana mempertikaikan kelewatan mambayar gaji dan 'advance'.

    BalasPadam