Jumaat, 9 Disember 2011

Panass..Di Beri Tempoh 48 Jam...

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud minggu lalu.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

“Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

“Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

JuRaGan : Umno buat apa???..Inilah Parti Melayu paling hina atas muka bumi ini!!

1 ulasan:

  1. UMNO TAK DAK TELOQ SEBAB BERGANTI DENGAN TELOQ LEMBU KAK JAT... APA MACAM K. PEMUDA UMNO ADA KA TAK DAK TELOQ JUGAK....

    BalasPadam