Jumaat, 26 April 2013

Penyerahan 100 Borang Kaum India..UmnoBn "Berasap" Lagii..




Dialog yang diadakan oleh Pas Kawasan Gopeng dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di UPU Taman Song Choon, Ipoh malam kelmarin mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat India setempat.
Saudara Nali, Setiausaha DHPP Perak yang datang daripada Taiping telah memberikan satu impak baru kepada mereka dengan penerangannya yang begitu berkesan. Sesi dialog juga dibuka bagi mereka meluahkan segala pertanyaan yang masih tersimpan di minda.
Di akhir pertemuan, 100 borang ahli baru DHPP telah diserahkan oleh wakil mereka, Saudara Hanifah kepada Saudara Nali dengan di saksikan oleh YDP Pas Gopeng, Haji Abd Rahim Md Ariff dan Ketua UPU Taman Song Choon, Imam Zulkifli Tafsiron,Kebanyakan yang hadir adalah pengundi DUN Sungai Rapat di mana calonnya adalah Ustaz Radzi Zainon,mereka juga berjanji akan memberikan sokongan kepada calon PAS tersebut.. Sumber : Wartasungairapat


 
 

1 ulasan:

  1. Nak tanya.kenapa kalau program bersama kaum india saudara Bakar mesti terkehadapan??he3

    BalasPadam