Rabu, 29 Mei 2013

Dikehendaki..Penjenayah "Berbahaya" Dari Taman Gopeng..

Seorang 'penjenayah tegar' yang mempunyai 13 rekod jenayah kini dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam kejadian rempuhan khemah di majlis perkahwinan sehingga mengakibatkan kematian bayi 18 bulan, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, suspek yang dikenali C S Senguttuwan,28, dari Taman Gopeng dipercayai pemandu kereta jenis Proton Persona yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Menurutnya, suspek terbabit dipercayai terlibat dengan kegiatan jenayah sejak 2006 lagi.

"Antara kes rekod jenayah lampau yang membabitkan suspek terbabit termasuklah cubaan bunuh, ugutan jenayah, curi motosikal dan narkotik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, pagi tadi.

Sabtu lalu, kegembiraan satu majlis perkahwinan yang diadakan di Kampung Kopisan, Gopeng, dekat sini, bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang bayi lelaki, T Thamilarasan, 18 bulan maut dirempuh sebuah kereta dinaiki empat individu tidak dikenali yang dikejar anggota peronda polis.

2 ulasan:

  1. Polis dah tahu itu penjenayah tegar denagan 13 rekod ada masa main kejar2 dan saja bebaskan mereka.Yang polis sibuk dan tumpu segala sumber jabatan adalah dengan mengejar Rakyat dan pemimpin Rakyat yang mau tegak keadilan.
    Berapa banyak kita tengok berita penjenayah tegar buat hal dan polis memang tau.Anih ya penjenayah tegar bolih bekeliaran tapi pejuang keadilan di buru habis2an?????

    BalasPadam
  2. bila senang dipawah & dicucuk hidung daa ! ABU jangan lup !

    BalasPadam