Selasa, 31 Disember 2013

Ini Hanya "Kosmetik"...Tuan Ibrahim

PAS mempersoalkan di mana langkah mengurangkan ketirisan perbelanjaan kerajaan, melawan rasuah dan menghapuskan tender tertutup berikutan pengumuman Perdana Menteri tentang 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam 2014.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, pengumuman Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai tindakan untuk membendung apa yang dilaporkan Ketua Audit Negara.

"Langkah yang diumumkan hanyalah sekadar kosmetik 'penyedap' rasa supaya rakyat kurangkan kemarahan," dakwa Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan di Fecabooknya hari ini.
Tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan mengamalkan perbelanjaan lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, pemerhati politik Timmy Say melalui kolumnya di The Malaysian Insider mencadangkan cara untuk kerajaan menaikkan harga barang supaya rakyat tidak marah.

Beliau meminta Perdana Menteri membuat potongan kepada gaji, elaun dan perbelanjaan pemimpin kerajaan sebelum meminta rakyat turut berjimat dan menaikkan harga barangan.

Bagaimanapun PAS berpendapat, pengumuman Najib semalam tidak akan membantu menyelesaikan masalah perbelanjaan negara yang dijangkiti pelbagai pembaziran, ketirisan dan salahguna kuasa.

Beliau meminta rakyat meneruskan tekanan sambil menanti tindakan yang lebih serius daripada kerajaan untuk mengawal pembelanjaannya.

"Kerajaan perlu disedarkan bahawa pendapatan negara boleh ditingkatkan dengan banyak dengan hanya mengawal keborosannya dan bukan mengambil daripada kocek rakyat sewenang-wenangnya untuk meneruskan gaya keborosannya," kata Tuan Ibrahim. - 31 Disember, 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan