Isnin, 30 Disember 2013

Siapakah Wanita India Yang Berani "Tibai" Ketua Wanita Umno kuantan ini..??

Kenyataan Ketua Wanita Umno Kuantan, Datuk Zaiton Mat yang menggesa  individu tidak berpuas hati dengan kerajaan supaya meninggalkan negara ini dikecam Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto (gambar).

Sambil menyifatkan kenyataan Zaiton sebagai ‘kurang cerdik’, Kasthuri berpendapat  Zaiton sebagai jahil tentang sejarah negara dan ‘buta hati’ dengan propaganda partinya sendiri.

Menurutnya, sudah berkali-kali rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan pemimpin Umno-BN yang melaungkan kata-kata berbaur perkauman dan kini sarat dengan sentimen kepartian.

“Mengapa perlu mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan diminta meninggalkan tanah airnya?” soal beliau.

Kasthuri berkata, kesetiaan rakyat adalah kepada kedaulatan negara ini dan bukannya kepada pemimpin politik yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menghiraukan kepayahan rakyat akibat kos sara hidup yang melambung.

“Negara ini dibina oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum etnik atau bahasa,” ujar beliau.

Beliau turut menyelar Zaiton yang mendakwa sebahagian rakyat  tidak berterima kasih dengan “semua kebaikan yang diterima selama ini”.

“Bagaimana pula dengan sorakan manifesto PRU13 BN yang menjanjikan penambahbaikan kos sara hidup rakyat Malaysia bersama dengan stiker Perdana Menteri Najib yang senyum lebar di dinding komuter dengan ayat-ayat ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup’?” soal Kasthuri sinis.

Menurut Kasthuri, negara demokrasi yang matang akan mendengar rintihan dan keluhan rakyat dan tidak bersikap “buat tidak tahu” terhadap kritikan dan cadangan untuk menambah baik sistem pentadbiran negara, mencegah penyelewengan dan menghormati hak asasi rakyat.

 Beliau turut mendesak Perdana Menteri mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang menyuarakan pandangan seperti Zaiton dan mengarahkan mereka memohon maaf secara terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan