Jumaat, 20 Jun 2014

Cerita Panass TPM Yang Akan Kantoi - Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin

SHAH ALAM 20 JUN: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Zainuddin menulis diblognya di zamkata.blogspot.com menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Muhyiddin akan hilang daripada rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Muhyiddin meletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan akan digantikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, iaitu Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.
“Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

“Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal,” katanya, dipetik media Selangorku.com.

Katanya mengasaskan khabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana beliau banyak menerima pertanyaan mengenainya dari utara , selatan dan timur tanahair.

“Dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan dan khabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz,” katanya.- KeadilanDaily

1 ulasan:

  1. Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius yang memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang melalui e-mel {} gloryloanfirm@gmail.com

    Maklumat peminjam:

    Nama Penuh: _______________
    Negara: __________________
    Jantina: ______________________
    Umur: ______________________
    Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
    Tempoh Pinjaman: ____________
    Tujuan pinjaman: _____________
    Nombor Telefon: ________
    Puan Glory

    BalasPadam