Rabu, 19 Mei 2010

1Malaysia...Pelacuran Secara Terbuka, Tak Kira Tempat Dah..

CHERAS: Jika sebelum ini mereka berpeleseran sambil menawarkan khidmat seks di Lorong Haji Taib dan Brickfields, kini mereka menukar lubuk baru lebih terbuka di Jalan Chochrane di sini.

Kegiatan yang mula beroperasi sejak lima bulan lalu itu bukan saja membabitkan wanita termasuk warga asing, malah ‘gadis tiruan’ atau pondan turut bertumpu di lubuk baru berkenaan sehingga menjejaskan imej kawasan sekitar. Tinjauan Sentral selepas menerima maklumat awam mendapati sekumpulan pelacur dan mak nyah berlegar di kawasan berkenaan dengan menggoda orang ramai khususnya lelaki yang menggunakan jalan terbabit.

Kawasan itu khususnya Jalan Chochrane menjadi tumpuan pelacur dan mak nyah dipercayai kerana menjadi laluan utama orang ramai untuk ke Jalan Pudu dan Jalan Pasar yang menempatkan dua pasar raya besar, selain menjadi transit pengangkutan awam.

Tinjauan menjelang lewat malam juga mendapati aktiviti menjadi semakin rancak selepas kedai makan di kawasan itu menghentikan operasi masing-masing, sekali gus suasana menjadi gelap.

Penyamaran rakan setugas mendapati pelacur terbabit mengenakan bayaran serendah RM60 kepada pelanggan yang ingin membawa mereka ‘makan angin’ di sekitar bandar raya ini atau terus menyewa rumah tumpangan murah berdekatan.

Yang menghairankan kenapa masalah itu dibiarkan, sedangkan Balai Polis Pudu dan Masjid Jamek Alam Shah hanya sepelaung saja dari lokasi panas itu tetapi pihak terbabit seakan menutup sebelah mata.

Seorang wanita penduduk tempatan berkata, kawasan itu menjadi lokasi pilihan keluarga dan sudah tentu senario begini membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada remaja serta kanak-kanak.

“Apa yang membimbangkan saya, wanita dan mak nyah terbabit yang berpakaian seksi dan mencolok mata sering dilihat remaja atau kanak-kanak yang mengikuti ibu bapa mereka membeli-belah di dua pasar raya berkenaan terutama selepas jam 6 petang.

Beliau berkata, kehadiran mereka boleh menjejaskan imej kawasan itu, lebih-lebih lagi kegiatan ini dikesan berlaku sepanjang masa tanpa mengira waktu dan tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan