Khamis, 20 Mei 2010

Mengapa Arahan Pimpinan PKR Tiada Makna..??

Arahan pimpinan tertinggi PKR yang menyeru ahli-ahlinya agar segera keluar dari parti tersebut sekiranya mereka sudah tidak lagi berminat dengan perjuangan PKR dan jangan tunggu sehingga pilihanraya baru berpusu-pusu keluar dari PKR umpama lembu keluar dari kandang diwaktu pagi kerana habuan rumput hijau sedang menunggu.

Barang di ingat bro...Bagaimana Soraya (bekas ahli PKR) yang keluar semasa pilihanraya Hulu Selangor baru-baru ini,ada menyatakan bahawa Value (Nilai) seseorang yang akan melompat ke dalam Umno menjadi Tinggi semasa pilihanraya,tetapi sekiranya melompat selepas pilihanraya maka takda value langsung.

Beliau juga menyatakan bahawa semasa pilihanraya seseorang yang baru melompat akan mendapat bayaran yang cukup lumayan apabila mengadakan ceramah menghentam habis-habisan Pakatan Rakyat.Jadi apa saja yang di arahkan oleh pimpinan PKR kepada ahlinya mungkin tidak akan menjadi kenyataan,malah buaya-buaya lapar ini akan menunggu peluang yang lumayan untuk keluar daripada sarang mereka apabila tiba pilihanraya nanti..

Juragan : Lumayan beb...maruah diri lu orang apa peduli..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan