Sabtu, 29 Mei 2010

Fuhh...Betul Ke Rakyat Setuju..Atau Satu Penipuan Media Umno..

Rata rata Orang ramai menyambut baik cadangan untuk memansuhkan subsidi secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan mereka bersetuju dan mahu membantu kerajaan bagi mengurangkan beban hutang negara yang dianggar meningkat menjelang 2019 sehingga boleh mengakibatkan negara muflis.

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Zarina Mustafa, 29, yang ditemui berkata, cadangan itu perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan memerlukan kajian yang lebih teliti bagi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terjejas dengan pemansuhan subsidi.

Bagi seorang bekas kakitangan swasta, Siti Zabidah Darimin, 51, berkata rakyat perlu membiasakan diri untuk tidak bergantung terhadap subsidi yang diberikan kerajaan bagi menjadikan negara lebih kompetitif pada masa depan.

“Saya terima penghapusan subsidi ini, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi kerajaan ...pada masa sama saya cuma mahu kerajaan sentiasa memantau pergerakan pemborong barangan keperluan harian seperti gula, tepung dan minyak masak supaya tidak berlaku sebarang manipulasi harga dan penyimpanan stok,” katanya di sini, semalam.


juragan : ini la namanya rakyat yang sanggup berkorban
bersama kerajaan BN masa susah dan masa disusahkan..Kerajaan
Berhemah BN diharap terus naik harga barangan..biak rakyat mampuihh...
Satu Malaysia..rakyat didahulukan dengan kesusahan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan