Sabtu, 29 Mei 2010

Berita Naik Darahhh...Bukan Islam Dibenarkan Jadi Peguam Mahkamah Syariah..!!

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak Victoria Jayaseele Martin supaya menarik balik permohonan sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah, demi menghormati agama Islam dan agama lain di negara ini.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata perkara itu dilihat sebagai menghina agama Islam dan pihaknya khuatir sekiranya perkara itu diluluskan kelak akan memberi ruang kepada kes percubaan keluar agama.


“Mahkamah syariah menjadi hak eksklusif orang Islam kerana undang-undang yang terpakai di Mahkamah Syariah membabitkan pertikaian orang Islam saja, maka pihak yang mewakili mereka ini haruslah orang Islam.


“Menyerahkan tugas peguam syarie ini kepada bukan Islam boleh mencemarkan kesucian Islam, malah boleh menyebabkan salah tafsiran terhadap hukum syarak serta mengelirukan masyarakat,” katanya pada sidang media di pejabat sekretariat PGSM di sini, semalam.


Beliau berkata, mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993, jelas bahawa hanya pemohon yang beragama Islam saja layak memohon dan diterima sebagai peguam syarie di negeri ini.


“Seseorang itu juga harus ada keyakinan terhadap Allah, Rasul dan sebagainya bersama kepercayaan akidah dan tauhid tentang Islam dalam menyampaikan hujah berasaskan al-Quran dan sunah supaya hakim dapat membuat keputusan yang adil.“Sekiranya perkara ini masih dipanjangkan, kami akan jadi pihak berkepentingan dan pencelah untuk mempertahankan hak ahli peguam syarie,” katanya.


“Kami juga mahu mufti di setiap negeri mengeluarkan fatwa rasmi di peringkat kebangsaan dan negeri bahawa hanya orang Islam saja boleh menjadi peguam syarie,” katanya.Baru-baru ini, Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh meluluskan Victoria mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan Islam.


juragan : Sahlah,konsep 1 Malaysia ini dibuat dan ditaja oleh Yahudi
kemudian direalisasikan oleh pimpinan Umno yang sekularrrr..mereka
sentiasa memikirkan bagaimana untuk melumpuhkan sistem perundangan
islamyang masih lagi menjadi tonggak penyelamat penganut islam di
Malaysia.Untuk itu..lu orang Ahli Umno kena pikir la...nanti anak bangsa
pelingkup,genarasi akan datang akan kencing atas kubur lu orang..padan muka.

6 ulasan:

  1. sebelum saudara melenting lagi..sila rujuk tulisan dr asri..jgn jumudkan fikiran saudara..peguam berhujah berdasarkan fakta bukannya pendapat peribadi..ianya akan lebih menarik jika sistem kehakiman kita bersikap adil dan saksama..kita jgn cepat melenting..peluang dan ruang perlu dibuka supaya org bukan islam dpt melihat keindahan islam..bukan disekat tanpa asas kukuh..tq

    BalasPadam
  2. Anda tanpa nama berkata memang betul..memang bagus pendapat anda untuk merealisasikan islam liberal di malaysia.Tahniah..andalah pewaris bangsat

    BalasPadam
  3. Betu la lu kata Tanpa Nama..kitakan 1 Malaysia,kita akan jadi seperti Indonesia 1 Pancasila..hancur..satu rumah ada pelbagai agama,isteri kristian suami islam,anak-anak agama budda..semua masyarakt bebas meraikan agama kaum lain..D

    Dlm satu masjid disurabaya dalamnya ada bilik utk penganut kristian sembahyang dan ada juga bilik utk orang islam sembahyang...lu yang jumudddd..Majlis Peguam Syaraie lebih arif daripada otak Umno yang dah banyak menghancurkan Islam di Malaysiaaa...Hancur Umno,pengkianatt agama..

    BalasPadam
  4. Pengkianat Bangsa29 Mei 2010 11:20 PG

    Oiii..Dah Takda Peguam Orang Islam ke kat Malaysia Negara Sekular ni..??Sampai nak kebulok ambil peguam kritian..ini lah perancangan APCO yang perlu dipatuhi oleh kerajaan BN pimpinan Umno Haprakkk..

    BalasPadam
  5. I don't see why a non Muslim should be denied the right to experience Islam and its teachings
    Who knows, a year after the job, she might convert to Islam and we'll have one kafir short here in Malaysia
    Let's just pray that this woman receive hidayah from Allah 2 embrace Islam

    PS,
    can anybody bring up any verse from the Quran or hadith which states that non Muslims cannot be practising Syariah laws?

    BalasPadam
  6. Adoiii ni la masalah bila org islam malas membaca. cuba baca dulu tulisan dr asri pasal isu ini. kemudian jawab kata2 beliau dgn ilmu bukan emosi. saya juga menunggu tulisan balas dari ahli agama lain kalau2 tulisan dr asri mungkin tidak betul. kalau ada rujukan cerita sejarah zaman khalifah dulu2 mungkin boleh utk kita berhujah dgn lebih baik.

    BalasPadam