Sabtu, 29 Mei 2010

Fuhhhhh.!! MasaAllah Mahalnya Bayaran Gunting Rambut Sultan Brunei..

Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Times kelmarin.

Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.

Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.

Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London.

Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London.

George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).

"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei."

Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).

Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai.

Juragan : Kaye le tukang rambut tu...boleh jadi jutawan pulak...
takde sape ke nak ambik teman noreh pokok getah..mane le tahu
di brunei ade pokok getah sultan punye... noreh sepokok di bayarnye
RM 100...klu 50 pokok...kaye teman yeop..kuah3


2 ulasan:

  1. betul kata juragan tu, teman boleh tolong angkut pakai buggy susu getah tu, teman akan balut dengan plastik, bukan takut tumpah tapi takut terkena virus. bayar ke teman RM50 udah ler

    BalasPadam
  2. Mahal kalu duit tak der.

    Murah aje klau duit banyak.

    Tengok takok mana kita berada.

    Susah sangat ke nak buat perbandingan nya.

    BalasPadam