Sabtu, 29 Mei 2010

Boleh Pecaya Ke Janji Puak-puak nii..??

Kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan orang ramai dan memberi peluang kepada mereka mengutarakan pendapat sebelum sesuatu keputusan diputuskan secara rasmi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat diharap tidak cepat melatah dengan maklumat yang mengatakan harga minyak akan dinaikkan tahun ini.

Katanya, kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip mengambil kira pandangan rakyat sebelum keputusan rasmi berhubung sesuatu isu dibuat.

Menurutnya, kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen setiap liter seperti yang dilaporkan media kelmarin adalah cadangan makmal di Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

“Pihak kerajaan tidak akan memutuskan untuk menaikkan harga minyak secara melulu tanpa mengambil kira pandangan dan suara rakyat terlebih dahulu,” katanya

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik disebabkan harga minyak sedia ada masih lagi terkawal dan sebarang keputusan yang diambil tidak akan menyisihkan pandangan rakyat.

Juragan : Lu orang ingat boleh caya ke puak-puak pimpinan Umno ni berjanji...
last minute..kita tengok sapa yang kenaaaa...???Rakyat le...Hampehhh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan