Seorang wanita yang mengaku pernah diperkosa bergilir-gilir sekumpulan 15 lelaki, tujuh tahun lalu, mendakwa kini ketagih seks dengan menjadikan suami orang sebagai sasaran memuaskan nafsunya.
Lebih mengejutkan, wanita kemaruk seks itu hanya memburu suami orang yang gemar ‘makan luar’ untuk mencurahkan perasaan dan mendapatkan belaian kasih sayang sebelum meninggalkan ‘mangsanya’ selepas apa dihajati tercapai.
Setakat ini, kembara seks wanita terbabit yang dikenali sebagai Marni, 23, semakin jauh apabila dia mendakwa sudah melayan lebih 30 suami orang sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berlagak baik yang kononnya mampu memimpinnya kembali ke pangkal jalan.
Menurutnya, sejarah hitam dalam hidupnya bermula selepas diperkosa beramai-ramai dalam kejadian tujuh tahun lalu, ketika dia berjalan melalui jalan sunyi untuk pulang ke rumahnya dari sebuah kedai runcit.
“Kejadian itu menyebabkan saya kini memerlukan belaian lelaki. Setakat ini, sudah 30 lelaki terutama suami orang meniduri saya. Saya mengenakan bayaran RM50 kepada lelaki yang ingin meniduri saya selepas berkenalan untuk tempoh tertentu,” katanya.
Marni berkata, dalam sehari dia boleh melayan 10 lelaki, namun lebih penting dia puas ketika bersama mereka dan menerima bayaran setimpal bagi menampung keperluan seharian dan pada masa sama, dapat melepaskan dendam yang tersemat di hati terhadap lelaki durjana.
Juragan : Tidak ada pembalasan yang lebih setimpal daripada pembalasan
Allah yang maha kuasa...bertaubatlah dan kembali kepada
syariat Allah,itu yg terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan