Selasa, 25 Mei 2010

Kantoii....Rahsia "Kaki Lompat Dalam PKR" Akan DiDedahkan Kepada Umum...

Selepas sebahagian besar wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan “rahsia” kepimpinan sepanjang tiga bulan lalu, komponen Pakatan Rakyat (PR) ini dijangka membuat “pendedahan balas” sebab dan punca mereka mengkhianati parti itu hujung minggu ini.

Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.

“Ka
mi mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.

“Parti sudah banyak bersabar dan kini sudah sampai masa bagi parti menjelaskan kepada perwakilan apa yang sebenarnya berlaku.

“K
ita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.-Minsider

Juragan : Kita tengok sapa yang kenaaa.....Kenyataan Soraya bekas ketua penerangan PKR Perak yang menyatakan beliau menerima ganjaran lumayan dan diberikan RM1000 dalam setiap ceramah di Hulu Selangor pun dah cukup mengantoikan kaki lompat ni..Memang jenis lowwww classss..kata P.Ramlee..kuah3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan