Selasa, 25 Mei 2010

Pukulan Maut Bagi Umno..!!

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy vellu didakwa terdesak menggunakan anaknya, S. Vell Paari untuk 'menyerang' Umno bagi menutup kelemahan yang berlaku dalam MIC.

Selain itu, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan berkata, Samy Vellu sengaja mengheret Umno dalam konflik dalaman MIC bagi mengalihkan perhatian orang ramai khususnya masyarakat India.

"Samy Vellu sudah terdesak hingga menggunakan anak sendiri untuk mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan terhadap Umno.

"Beliau cuba lari daripada isu pokok iaitu masalah kepimpinannya dalam MIC, tapi sekarang cuba nak libatkan Umno dengan katakan parti itu cuba memecahbelahkan MIC, perkara ini tak sepatutnya berlaku dan tak benar sama sekali," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Mugilan berkata demikian sebagai mengulas mengenai tuduhan Vell Paari melalui laman web Free Malaysia Today bahawa Umno menggunakan taktik 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan MIC.

Malah Vell Paari juga mendakwa kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang akan dilancarkan pada Ahad ini mendapat restu daripada pemimpin tertinggi Umno.

Mengulas lanjut Mugilan berkata, anak lelaki Samy Vellu itu yang masih setahun jagung dalam politik dipergunakan oleh bapanya demi kepentingan politik mereka.

"Anak Samy Vellu ini tak cukup pengalaman dalam politik, dia sendiri pun tak boleh fikir kesan daripada kenyataan dia itu.

"Kenyataan tuduh-menuduh itu sangat berbahaya, ia merupakan satu perkara yang cukup sensitif tambahan pula ia melibatkan parti komponen lain dalam BN (Barisan Nasional)," katanya.

Juragan : Ini kali punya musti perang besar la ayaaa...Ini tuhan Alah punya kerja yoo...selalu ini Umno budoh mau kasi orang punya parti pecah..sukarang dia punya parti sudah mahu picah..ayo..yo..yo..kada ulekkk..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan