Khamis, 27 Mei 2010

Kenyataan Wan Ahmad Omar,Jelas SPR Bukan "Kabur" Tapi Saja Buat "Bangangg..."

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui masih ‘kabur’ dalam membezakan antara pengagihan peruntukan pembangunan atau janji untuk pembangunan dengan perlakuan rasuah sepanjang kempen pilihan raya dan memberi jaminan mengkaji perkara itu dalam masa terdekat.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata sebagai badan pengendali pilihan raya yang bertanggungjawab, pihaknya akan berbincang dan mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“SPR menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini, sama ada menerusi surat, blog, portal berita dan orang ramai secara langsung.

“Berikutan itu, SPR berpendapat adalah penting untuk mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara itu yang mempunyai kaitan langsung dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 supaya SPR dapat menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan dengan lebih tersusun tanpa sebarang keraguan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

1 ulasan: