Khamis, 27 Mei 2010

Kerana Takut...Lokasi Perhimpunan Dibatalkan Disaat Akhir...

Penganjur Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), kempen yang sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, berhadapan dengan halangan pertama ekoran keputusan pengurusan premis itu membatalkan lokasi penganjuran petang ini.

Dengan pembatalan lokasi itu, kempen tersebut yang pertama kali ini diadakan menentang kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu, akan dianjurkan di tempat lain.

Difahamkan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan dimaklumkan tentang pembatalan itu oleh PWTC lewat petang ini.

Ketika bertemu media pagi tadi Mugilan memaklumkan wartawan bahawa ia akan diadaka di PWTC sebagaimana telah dirancang.

Mugilan yang dihubungi turut mengesahkan pihaknya dimaklumkan bahawa pengurusan PWTC telah membatalkan tempahan yang dibuat awal minggu ini.

“Bagaimanapun kami akan meneruskan kempen ini. Kami akan mengadakan di tempat lain... maklumat lanjut, saya akan umumkan esok,” kata beliau.

Mugilan mendakwa beliau percaya pengurusan PWTC berhadapan dengan tekanan daripada Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Biasanya, MIC akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya di PWTC dan kali ini dijadualkan bulan Julan ini.

“Mungkin mereka beranggapan bahawa saya hanya bayar untuk sekali sahaja, manakala MIC bayar setiap tahun kerana perhimpunan agung tahunan diadakan setiap tahun di PWTC... tak mengapa,” katanya.

“Oleh itu, saya percaya Samy Vellu memberi tekanan, beliau sudah mula bimbang dengan kesan GAS... ini tanda-tanda awal beliau sudah bimbang dengan kesan gerakan ini,” kata Mugilan sambil menambah, beliau tidak kecewa sebaliknya akan meneruskan program itu sebagaimana telah dirancang.


Juragan : Ramai dikalangan pimpinan MIC minta PM campur tangan untuk selesaikan kemelut dalam MIC secepat mungkin...Tetapi mengapa PM biarkan MIC selesaikan sendiri..Mungkinkah benar apa yang dikatakan oleh Samy Vellu punya anak,iniumno ada main peranan dalam ni kes ooo...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan