Khamis, 27 Mei 2010

Pergi Sebelum Orang Benci - Mahathir

Datuk Seri S. Samy Vellu sepatutnya menerima pengiktirafan kerana mungkin telah mencipta satu rekod baru untuk ahli politik paling lama memegang tampuk kepimpinan sebuah parti politik di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Presiden MIC itu telah 'memerintah' lebih lama daripada beliau sendiri yang memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dan perlu diberi pengiktirafan atas rekod tersebut.

Ditanya mengenai kemelut jawatan Presiden MIC itu, beliau mengulangi kenyataannya bahawa 'kita tidak sepatutnya tinggal lebih lama dari yang dialu-alukan'.

“Saya bukan mewakili UMNO dalam berkata demikian, tetapi 'pergi sebelum orang benci' menjadi antara sebab saya melepaskan jawatan tertinggi negara tujuh tahun lalu,” katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut jawatan Presiden MIC yang tidak berubah sejak 1979 sehingga mendorong pembentukan gerakan menentang kepimpinan Samy Vellu oleh sebahagian anggota MIC dan masyarakat India.


Juragan : Masalahnya orang Madeyy ni pandai cakap...sedangkan masa dia pergi (letak jawatan)..orang memang dah lama meluat dan benci,hanya Madeyy ni saja yang perasan orang suka kat dia...kuah3


2 ulasan:

  1. Salam,yg meluat hanyalah orang2 seperti anda dan sekutu2 anda:)

    BalasPadam
  2. Salah tu orang meluat pada PAScacamarba dan penjilat penjilatnya

    BalasPadam