Sabtu, 26 Jun 2010

Kemenangan Rakyat...Akhirnya Najib Terpaksa Mengalah..

Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd gagal mendapatkan lesen bagi menjalankan operasi pertaruhan Piala Dunia 2010 selepas kerajaan membuat keputusan tidak meluluskan permohonan syarikat itu.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi.

"Kerajaan mengambil keputusan tidak akan mengeluarkan lesen perjudian kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd., keputusan itu disokong sepenuhnya oleh MT dalam mesyuarat malam ini.

"Walaupun ada pihak yang sokong dan ada pihak yang menentang... tapi setelah kita ambil kita pelbagai aspek, jelas sekali bahawa sebahagian besar daripada rakyat tidak bersetuju lesen perjudian berkenaan diberikan kepada Syarikat Ascot," katanya.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira soal kepentingan agama dan politik.

"Ini bukan soal (kepentingan) sosial ataupun ekonomi... tapi pertimbangan ini dari segi agama dan politik," katanya.

Menurut Najib, syarikat berkenaan telahpun dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan itu.


1 ulasan:

  1. Alahai Jeeb, mungkin kena semburan bisa 40 ekor ularsemak. Letak jawatan lah lu lebih baik. Tok wan hangpun serupa macam hang jugak.

    BalasPadam