Ahad, 6 Jun 2010

Tengok niii...Presiden Paling Miskin..??

Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.

Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).

Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.

Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.

Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.

Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut

Juragan : Ketua Cawangan Umno pun lebih kaya dari presiden Uruguay ni..semua projek di dapat komisyenn..bebaloi-baloiiii..

5 ulasan:

  1. presiden tu hidup dalam iman.. ehehe

    BalasPadam
  2. Eeek eeelleh! kat Mesia pun ramai pemimpin yang macam tu... cthnya Khir Toyo. Kah!...3X

    BalasPadam
  3. pemimpun uruguay belum amik APCO jadik penasihat... kalau amik sure leh jadik kaya...

    lagi satu dia tak adakan judi bola...

    BalasPadam
  4. tak payah kaya² nnti lupa asal usul

    BalasPadam
  5. Bandingkan dia dgn Mamak Kutty, Khir Toyo, Bini Rosmah dan Suami Najib bagaikan langit dan bumi

    BalasPadam