Rabu, 14 Julai 2010

Fuhh..Khalid Dedah "Dalang" Curi Pasir..??

Kerajaan Selangor akan mendedahkan pihak yang menjadi dalang sebenar di sebalik kegiatan curi pasir yang dikatakan berlaku di negeri itu.

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,sehingga kini pihaknya mengenal pasti 26 kawasan perlombongan pasir dijalankan secara haram.

"Semua kawasan yang dikesan itu akan didedahkan nanti,"katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai tindakan terhadap kegiatan perlombongan pasir secara haram di Bukit Changgang,Dengkil yang terletak 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands.
Dalam isu yang sama,ketika sesi penggulungan bajet tambahan peruntukan pembangunan 2010,Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam dan Pembanguna Sumber Alam Negeri,Yaakob Sapari berkata,laporan media berhubung kegiatan perlombongan pasir di Bukit Changgang adalah tidak benar kerana kegiatan itu dijalankan secara sah dan diuruskan oleh syarikat milik kerajaan negeri,Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.(KSSB).

Sehubungan itu,beliau menggesa pihak media yang melaporkan aktiviti perlombongan pasir di kawasan terbabit supaya menarik balik kenyataan itu dan membuat permohonan maaf kepada kerajaan negeri.

"Jika enggan berbuat demikian,saya minta KSSB membuat laporan polis dan mengambil tindakan saman,"tegas beliau.

Juragan : Jangan hanya cakap nak dedah..nak dedah..sedangkan
isu ini semakin parah,
kalau dah ada bukti cepat bertindak agar
rakyat faham siapa sebenarnya "Petualang" bangsat ini.




1 ulasan:

  1. Dalam isu pasir ni, UMNO cuba jadi hero yang mana akan mendapat simpati pengundi melayu yang tidak dapat berita sebenar terutama di kawasan pedalaman... dlm waktu yg sama akhbar tablot PR di tekan untuk memastikan rakyat tidak tahu siapa sebenarnya dalang pencurian pasir....

    BalasPadam