Rabu, 14 Julai 2010

Zambry Kini DIsayangi Rakyat Perak..???


Masih ada yang sayang..??mungkin itu persoalan yang timbul apabila sudah sekian lamanya Zambry MB Mahkamah memerintah negeri Perak.Luahan kata-kata sinis dan kecaman terhadap PR dalam setiap ceramahnya,seperti menggambarkan ketakutan dalam perjalanan mempertahankan kuasanya yang dianugerahkan oleh Mahkamah BN.

Masih kedengaran pesoalan di kalangan masyarakat di kedai kopi,tentang siapa sebenarnya Si Zambry anak Si Kadir ini,apakah kini rakyat sudah mampu mendekatkan diri dan menerima beliau sebagai MB yang sah ataupun sebaliknya.

Banyak tingkahlaku dan tatacaranya berlawanan dengan pimpinan Umno sebelum ini,mungkin atas dasar melihat MB Nizar sebelum ini yang mesra rakyat,seperti memberi tazkirah,mengimamkan jemaah,berqiamullail bersama masyarakat dan sentiasa turun padang dan beramah mesra tanpa mengira latarbelakang penduduk setempat.

Seperti yang digambarkan di bawah ini,jangan hanya hangat-hangat taik ayam sudah la..perkara yang berhubung dengan Allah s.w.t bukan mudah untuk istiqamah,sekiranya kita hanya berpura-pura dihadapan masyarakat...maka kita tunggu dan lihat....

"Sejak dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor pada 2004, beliau akrab dengan penduduk di kawasan pilihan raya itu. Saya secara peribadi sebenarnya merasa sedikit cemburu kerana terpaksa berkongsi pemimpin yang disanjungi dengan semua rakyat Perak selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-11," kata seorang peniaga di Lumut, Hasanuddin Ibrahim, 58, apabila ditanya oleh Bernama.

Ismail Din, 60, imam Masjid Jamek Tapah Road di Tapah mendapati sukar untuk percaya bahawa Dr Zambry turut serta dalam satu majlis sembahyang berjemaah yang beliau ketuai baru-baru ini.

Ia merupakan satu perhimpunan kecil membabitkan lebih kurang 150 anggota masyarakat tempatan yang menetap di kawasan Tapah Road untuk satu program 'qiamullail'.

Menteri Besar yang terpaksa menghadiri sebilangan acara utama di tempat-tempat berlainan pada hari yang sama tetap memastikan kehadiran beliau pada program itu.

Bagi seorang lagi warga tempatan yang menghadiri program 'qiamullail', Abdul Karim Suliman, 57, beliau turut kagum yang Menteri Besar sanggup meluangkan masa untuk berjemaah bersama rakyat.

Beliau sehinggakan beramah mesra dengan penduduk tempatan tanpa keberatan dan menyampaikan nasihat beliau berhubung beberapa perkara.


Juragan : Boleh caya ke..???kuah3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan