Ahad, 4 Julai 2010

Hancusss..."Guru Terlampau.."

Guru terlampau. Itulah gelaran yang layak diberi kepada seorang guru yang sanggup menjadikan pelajarnya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu. Difahamkan, guru subjek Sejarah berusia 22 tahun itu menabur cinta kepada seorang pelajar tingkatan empat sebelum mengambil kesempatan merogol remaja terbabit.Guru lelaki terbabit bermain cinta dengan pelajarnya itu sejak awal tahun ini.

Peristiwa malang itu berlaku dua kali iaitu April dan 18 Jun lalu sebelum terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya selepas tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata selepas mendengar pengakuan anaknya, si ibu membawa mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 3 petang Isnin, dua minggu lalu.Katanya, berdasarkan keterangan ibu mangsa, anaknya didakwa dirogol dua kali di rumah guru terbabit di Rawang.


“Mangsa turut mendakwa guru berkenaan mengajak dia pulang ke rumahnya sejurus tamat waktu sekolah dengan alasan mengambil buku yang tertinggal sebelum kejadian rogol berlaku.


“Mangsa mungkin ketakutan dan bimbang kejadian itu diketahui orang, menyebabkan dia mengambil keputusan berdiam diri sebelum didedahkan kepada ibunya pada 21 Jun lalu,” katanya.Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dibawa ibunya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.


Hasil ujian mendapati kesan koyak pada kemaluan mangsa, bagaimanapun dia tidak hamil.“Polis mengesan lokasi dan identiti suspek dan hanya menunggu masa sesuai menahannya,” katanya.

Juragan : Kebanyakan guru-guru kini "Jiwa" mereka kosong dengan tarbiyyah islam,kehidupan yang terlalu sosial dan kurikulum yang diajar semasa di maktab langsung tidak menekankan kearah menjadi insan yang berilmu dengan islam.Nafsu disuburkan setiap hari dengan aktiviti sosial yang tersasar jauh dengan islam...maka,pedoman hidup di arahkan oleh nafsu dan bukan lagi dengan islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan