Kenyataan pembangkang selama ini bahawa "Politik Wang" adalah menjadi budaya UMNO dan diterjemahkan oleh mereka pada masa Pilihanraya Umum menyebabkan berlakulah PRU yang dianggap "Kotor".
Tetapi setiap kali selesai PRU maka bermati-matianlah puak-puak Umno menyanggahnya,maka ucapan Pak Najib di bawah ini adalah sebagai bukti kepada kita akan apa yang disuarakan oleh pembangkang selama ini..
Presiden UMNO itu turut membidas sesetengah pemimpin sekarang yang sanggup berbelanja dengan menaja tiket penerbangan seperti ke Medan atau Bandung, Indonesia dengan niat tertentu termasuk memenangi hati perwakilan bagi bertanding jawatan, walhal peruntukan itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin.
"Kita sepatutnya tanya pada diri kita dan cermin diri mengapa kita berada dalam politik... 'tepuk dada tanya selera'. Sehubungan itu, katanya, setiap pemimpin dan ahli perlu kembali kepada perjuangan membela rakyat supaya ia dilihat dekat di hati rakyat.
"Kita kadang-kadang terbawa-bawa dalam proses politik dalaman, lebih diutamakan daripada nilai dan matlamat sebenar perjuangan. Saya tekankan perkara ini supaya kita kembali kepada asas yang boleh menguatkan UMNO," katanya.-mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan