Ahad, 4 Julai 2010

Tengok nii...Drama "Si Kambing Hitam" Akan Kembali...

Setelah segala bukti dan fakta didedahkan oleh Suara Keadilan terhadap salah urus Felda yang menyebabkan kemerosotan aliran wang Felda sebanyak RM2.73 billion dalam tempoh lima tahun menyebabkan pimpinan Umno menjadi "Libang-libu" taku-takut segalah penyelewengan mereka selama ini terdedah.

Maka dengan itu KDN diarahkan mengambil tindakan segera terhadap Suara Keadilan sambil SPRM yang selama ini diharapkan untuk menyiasat segala peyelewengan beserta bukti yang telah diberikan oleh Suara Keadilan hanya berpura-pura "Tertidur" seketika. Tindakan Felda yang membelanjakan RM622 juta untuk bangunan Felda di kawasan tiga segi emas di Kuala Lumpur yang hanya memberikan keuntungan kepada pihak yang tertentu.

Mungkin SPRM menunggu lampu hijau daripada kerajaan untuk mengaitkan seseorang yang boleh dijadikan "Kambing Hitam" dalam kes ini bagi menyelamatkan pihak-pihak yang tertentu dalam kerajaan.

Drama "Kambing Hitam" ini telah beberapakali diarahkan oleh pimpinan tertentu,contoh dalam drama Altantuya,Kehilangan Injin Jet dan terkini skandal PKFZ.Hinggakan rakyat terkejut apabila mereka yang tiada kaitan langsung dijadikan "Si Kambing Hitam" bagi menutup segera kes yang berlaku.

Juragan :Mungkinkah Drama "Si Kambing Hitam" ini akan dilakonkan kembali oleh pengarah yang sama dalam kes Felda ini..??sama-sama kita tunggu tayangannya di media Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan