Khamis, 8 Julai 2010

Kah..kah..kah..Umno Ikhlass..Nak Tergelak..

Umno, parti politik terunggul negara, ikhlas dalam membela nasib rakyat, mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata segala dakwaan pembangkang dan sekutunya yang sering mempertikai kewibawaan Umno adalah fitnah dan tohmahan politik semata-mata.

Dalam ucapannya pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Ranau di Dewan Masyarakat Ranau, di sini Khamis beliau berkata, Umno bukan parti "setahun jagung", sebaliknya merupakan sebuah parti yang banyak menabur bakti dan jasa terhadap nusa dan negara.

Menurutnya Umno yang selama ini membela nasib bangsa, terbukti terus menjadi sandaran kepada harapan anak muda untuk menentukan kejayaan negara pada masa depan.


Juragan :
Orang Melayu Dah Lama Tahu..Umno..Ikhlassss...
Terutamanya Felda Di Kelantan yang terpaksa membayar RM2 juta
sebagai ganti rugi kepada para peneroka di salah sebuah felda tahun lalu,
kerana mahkamah mendapati berlaku penipuan dalam timbangan
semasa membeli buah sawit drp peneroka Melayuuu..Hampehh Umno..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan