Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan ketidakhadiran empat wakil rakyat UMNO pada mesyuarat perwakilan bahagian Setiu semalam, dan mahu semua pemimpin parti mengetepikan pergeseran dalaman dan mendahulukan kepentingan parti bagi menjana kekuatan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Presiden UMNO berkata, perpaduan dalaman perlu terus diperkukuhkan kerana parti berada dalam situasi mencabar berikutan berlaku perubahan ketara dalam senario politik negara terutama dengan mengambil kira keputusan dan suasana luar biasa selepas pilihan raya umum lalu.
"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.
"Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian itu di sini, semalam.
Bagaimanapun, empat wakil rakyat UMNO dalam Parlimen Setiu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat yang juga Ketua Pemuda; Adun Langkap, Asha'ari Idris (Timbalan Ketua Bahagian), Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh (Naib Ketua) dan Adun Jabi, Ramlan Ali tidak hadir pada majlis itu.
“Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak menyebelah mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai Timbalan Presiden saya rasa agak kecewa,” katanya.
"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubung kait dengan jawatan dan pimpinan.
Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya sambil menambah beliau berharap masalah di kawasan itu dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan.
Juragan : Kuah3...Macam mana lu orang nakkan PAS bersatu dengan Umno Haprak,sedangkan parti lu orang asyik berperang sesama sendiri bahana berkiblatkan kepada dasar Assobiyyah yang ditegah oleh Rasullullah..sampai kiamat pun takkan bersatu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan