Jumaat, 16 Julai 2010

Sampai Mampuss Pun Tak Selesai...

Berpuluh tahun dah Umno memerintah,dari DEB kepada MEB,tapi semuanya tidak mencapai matlamat.Tiba-tiba berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perjuangan Umno masih belum selesai selagi sasaran memastikan orang Melayu menguasai 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektorekonomi belum tercapai.

Beliau berkata, setelah dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 hanya 18 peratus daripada sasaran itu berjaya dicapai dan sehubungan itu semangat DEB akan diteruskan untuk memastikan 30 peratus kekayaan ekuiti negara dicapai oleh orang Melayu.

"Dalam keadaan pembangunan yang pesat, pencapaian masyarakat Melayu dalam penguasaan ekonomi tidak memuaskan, dahulu ada DEB yang menetapkan 30 peratus kekayaan negara mesti dikuasai Melayu, namun setelah dasar itu tamat, sasaran itu masih belum dicapai.

"Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri secara terang menyatakan selagi mana masyarakat Melayu tidak mencapai sasaran 30 peratus, pimpinan negara akan terus memperjuangkan untuk mencapai sasaran itu," katanya.


Juragan : Lu orang ingat boleh selesai ke perjuangan Umno untuk capai 30% ekuiti bumiputra,sampai mampusss pun tak akan selesai..kalau kronisme,penyelewengan,salah guna kuasa,projek pilih kasih,rasuah dan sifat busuk perut pimpinan umno kepada melayu yang tak menyokong mereka dalam pemberian projek menyebabkan sampai bila pun tidak akan tercapai matlamat 30% ini...kecuali apabila PR mengambil alih kerajaan nanti..Insyaallah.




1 ulasan:

  1. Mana nk capai 30%..Dpt projek je terus sub kt org lain..Pemalas,rasuah mcm mana nk capai target..Klu x mampu,serah je kt org lain pulak..

    BalasPadam