Selasa, 6 Julai 2010

Kantoi..Teguran Ulamak Umno Di Sanggah Artis..

Teguran Ulama' Umno iaitu Datuk Jamil Khir tentang adengan bogel salah seorang pelakon dalam filem arahan Raja Azmi yang bertajuk "Dalam Botol" tidak diendahkan,malah bertambah malang apabila pihak penapisan filem Malaysia membenarkan adengan tersebut terus ditayangkan.

Pelakon Arja Lee pula menyatakan bahawa beliau melakukan adengan bogel tersebut agar nampak lebih "Real" dan untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.Beliau menambah lagi bahawa apa yang dilakukannya adalah kerana kerja dan bukan untuk mencari sensasi.

Raja Azmi pula mempertahankan isu berbogel itu adalah adegan yang tidaklah menjolok mata seperti yang digambarkan.

“Kalau LPFM pun meluluskan adegan itu, ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan,” katanya.

Dalam masa yang sama Raja Azmi turut meminta pihak-pihak berkenaan supaya menonton filem ...Dalam Botol terlebih dahulu agar mereka mendapat gambaran sebenar sebelum memberi pandangan.

Juragan : Mana dia 40 Ulamak Umno..??


3 ulasan:

  1. Inilah akibatnya apabila yang pandaipun turut sama menjahilkan diri, ... yang jahil sememangnya jahil, jadinya kejahilan akan berterusan.

    BalasPadam
  2. Salam semua. Saya penyokong Pas dan PR umumnya. Pada masa yg sama, bersimpati pada golongan agama dalam UMNO. Jadi, apa kata kita bantu mereka dan menulis tentang aspek yg perlu mereka perbaiki sahaja. Kalau nak kata Najib botak ke, Rosmah bik mama ke, ...biak p la. Tapi bab golongan agama, kita kecualikan dan letakkan mereka pd tempat yg lebih istimewa walaupun mereka ada byk kelemahan. Takut2 nanti apa yg kita buat ni cuma menambah dosa. Sebab saya tengok banyak bloger yang sedap kata ulama tu ularmak la, ulormak, dan sebagainya. Kita muhasabah semula. Boleh?

    BalasPadam
  3. ingat...!!!!!! islam tidak menghalalkan cara jika ianya bertentangan dengan hukum.....spt fatwa Dr MaSHITah suatu ketika dulu "boleh melacur bila dalam keadaan darurat" Persoalannya adakah malaysia ini dalam keadaan yang huru hara @ darurat? maka islam mencegah dari awal segala kemungkaran dan kemaksiatan dari menjadi barah...dan sekarang industri hiburan di 1Malaysia sudah menjadi barah stage 3,apakah kita yang faham dan beramal dengan islam akan membiarkan perkara ini berterusan dihina,dikeji dan diperlekehkan oleh orang islam sendiri.

    BalasPadam