“Saya pasti Anwarlah, mastermind yang merancang kehilangan RPK di London.
“Bayangkan mana dia (RPK) dapat duit yang banyak untuk duduk di sana. Saya tahu Datuk Zaid Ibrahim bantu RPK bagi pihak Anwar,” katanya ketika dihubungi mStar Online Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas, pertemuan Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan dengan pengendali laman blog Malaysia Today itu tahun lalu.
Zaid melalui laman blognya sebelum ini mengaku keakrabannya dengan RPK itu selain mengatakan sering menemuinya setiap kali beliau ke kota London, termasuk membawa penulis blog kontroversi itu menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan kegemaran mereka, Manchester United di Old Trafford.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Nallakarupan berkata beliau sangat mengenali peribadi Anwar yang akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menggelakkan rakyat tahu sikap sebenarnya yang 'gila kuasa'.
“Saya kenal Anwar sudah lama, saya tahu cita-cita dia mahu jadi Perdana Menteri Malaysia.
"Sebab itu dia minta Zaid menjenguk RPK di London untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak mengesyaki hubungan mereka.
“Anwar masih sayang kepada RPK kerana dia dibayar untuk menulis pelbagai cerita untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.
Sehubungan itu, bekas teman rapat menggesa pihak polis segera menahan Zaid bagi membantu siasatan berhubung pertemuannya dengan RPK.
“Saya tidak faham kenapa polis di sini tidak minta pertolongan Interpol untuk menangkap RPK kerana, mereka sudah tahu dia tinggal di London.
“Polis perlu tegas dalam isu ini, kerana RPK merupakan individu yang paling dikehendaki kerana dia berhadapan dengan kes fitnah di mahkamah,” katanya.
Polis Malaysia..Mereka tahu PDRM memang kaki penipu..Hampeh..
kalau lah RPK di bayar , aku rasa lebih baik ikut AMNO lagi banyak masyuk
BalasPadamOrang yang ada iman pun lingkup ini kan pula Nallakaruppan
BalasPadampolis malaysia yg JAGUH KAMPUNG tu nak kerjasama dgn interpol dan scotland yard???? hehehe jgn harap laa.. dlm malaysia berani laa.. pegi luar kecut!! tak tau cakap orang putih kot?? hehehe
BalasPadam