Selasa, 6 Julai 2010

Keadilan Angkuh - Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan untuk meneruskan penerbitan akhbar Suara Keadilan sebagai angkuh dan bercanggah dengan peraturan.

Katanya, tidak timbul isu menarik semula permit penerbitan kerana yang menjadi isu pada masa ini adalah permit akhbar itu telah tamat tempoh dan permohonan untuk menyambung semula permit belum diluluskan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah StrategiParti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua semalam bahawa penerbitan akhbar itu akanditeruskan, di lobi Parlimen di sini pada Selasa.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad dalam satu kenyataan pula berkata, PKR akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terus menerbitkan akhbar Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut menjelaskan bahawa kementerian tidakmendiskriminasi mana-mana pihak mengenai isu penerbitan.

"Tidak kira Suara Keadilan, Suara Perkasa atau mana-mana media lain mesti mengikut syarat-syarat, peraturan sedia ada. Dalam konteks dasar, semua liputan termasuk majalah dan akhbar tabloid akan dipantau dengan lebih dekat," katanya.

1 ulasan:

  1. kenapa dalam bab politik kerajaan(KDN) terlalu emosional untuk mengambil tindakan dgn pantas terhadap akhbar pembangkang sedangkan dlm masa yang sama KDN tak pernah peduli tabloid2 dan majalah yang berunsur lucah gambar2 artis separuh bogel samada dr malaysia @ luar menghiasi halaman majalah mereka,Inikah islam yang diperjuangkan oleh kerajaan 1Malaysia.....?

    BalasPadam