Ahad, 11 Julai 2010

Jamil Khir Terkedu..Lihat Pewakilan Umno Bergaduh Dalam Mesyuarat Bahagian.

Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani yang dirasmikan oleh Dato' Jamil Khir hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.

Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi Ketua Bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.

Malah Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.

Bekas Setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.

"Kami ingin menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa Ali tidak dikehendaki di Sungai Petani.

"Dia tidak layak jadi Ketua Bahagian. Syukurlah sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka secara terbuka hari ini. Ini yang penting," kata bekas Timbalan Ketua Bahagian, Abu Bakar Ahmad.

Katanya Ali juga antara punca 10 cawangan tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan. Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang mewakili Ibu Pejabat UMNO terpaksa bercampur tangan apabila melihat keadaan tidak terkawal lalu meminta perwakilan memberi laluan kepada Ali berucap tetapi mereka tetap mempertahankan tindakan mereka.

Beliau kemudian mencadangkan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap merasmikan mesyuarat tersebut dan menyambung mesyuarat selepas perasmian dan dipersetujui perwakilan.


Juragan: Saja Allah nak tunjukkan kepada Al-Ustaz Jamil Khir akan budaya dan akhlak ahli parti yang didokongi dan dipujainya selama ini...bercirikan islam atau tidak..??

4 ulasan:

  1. Cabaran untuk Senator membersihkan
    "tong tahi"itulah sebab nya Allah pilih dia untuk masuk dalam "tong tahi"

    BalasPadam
  2. Kah...kah...kah....
    Berebut jawatan.......
    Kah...kah...kah...
    Berebut nak RM rupanya..

    BalasPadam
  3. Lama-kelamaan(sudah lebih 50 tahun)pasti perangai MIC menular kedalam UMNO.Berkawan dengan penjual minyak wangi,akan dapat jua bau harum,berkawan dengan tukang besi,habuk hitam akan terkena jua kain,berkawan dengan pemakan sirih akan terkena juga ludah ayer sirih.Kah,kah,kah.

    BalasPadam
  4. Apa pun komen negatif org yg tak kenangbudi tu lebih teruk. Belakang salah dikatakan betul. Kawan dgn syaitan pun betul. Bila ahli UMNO yang ikhlas dalam perjuangan menyatakan pendirian dikatakan merebut jawatan dan menjadi budaya parti. Tak tau cerita sebenar jgn dok komen. Orang yg tak tau cerita bila komen ni tergolong dari golongan orang2 yg bengong, rasa diri saja yg betul, semua orang tak betul hanya dia saja yang betul. Kalau Mat Sabu kena tangkap khalwat pun betul. Saya puji ahli UMNO yg menyatakan pendirian dan macam nilah pejuang melayu. Cuba nak pertahankan melayu dari segi ketertiban dan mahukan sebuah organisasi yang ikhlas. Dan mahukan Pemimpin atasan berubah dan menghargai jasa orang lain bukannya macam pengomen yang akalnya cetek. Dahlah cetek, bengong pulak tu...relaks brother..hangpa dah dapat kehidupan sempurna pun kerana perjuangan orang melayu inilah. Kalau harap hangpa nak perjuang semua nak masuk kat hangpa mcm penyamun cerita Nujum Pak Belalang.

    BalasPadam